Akaun alamwarisan.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
PRE ORDER Dirham 4 Sahabat Khulafa Ar-Rasyidin

KHULAFA AR-RASYIDIN merupakan yang pertama daripada 4 khalifah utama yang ditubuhkan selepas kewafatan
Nabi Muhammad SAW pada 632 M.

Sahabat yang paling rapat dengan Baginda iaitu Abu Bakar As-Siddiq telah dilantik sebagai khalifah pertama dari tahun 632-634 M dan memulakan penakhlukan Tanah Arab pada ketika itu.

Abu Bakar mendapat gelaran As-Siddiq selepas peristiwa Isra’ dan Mikraj. Beliau mendapat gelaran tersebut kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah SAW. Di saat ada sahabat dan kaumnya berasa ragu-ragu terhadap peristiwa Isra’ dan Mikraj, Abu Bakar
As- Siddiq tetap utuh dengan pendirian dan keyakinannya terhadap Baginda SAW.

Khalifah yang kedua dilantik ialah Umar Bin Al-Khattab. Beliau memerintah dari 633 – 644 M. Umar Al-Khattab mendapat gelaran al-Farooq yang bermaksud pembanding diantara benar dan salah. Beliau seorang yang tinggi ilmu, seorang pejuang dan keperwiraan beliau menjadikan beliau sangat terkenal kerana kegagahannya.

Sebelum memeluk Islam, Umar Al-Khattab adalah seorang yang sangat kuat menentang Islam. Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail pun datang dan berkata: Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar.

Khalifah berikutnya yang ketiga ialah Uthman bin Affan. Beliau memerintah selama 12 tahun dari tahun 644-656. Kejayaannya sehingga kini dapat dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia di mana beliau ketika menjadi khalifah telah berjaya menyalin ayat al-Quran dalam bentuk yang sempurna dikenali sebagai Mushaf Uthman. Beliau juga seorang sahabat Baginda SAW yang sangat dermawan.
Beliau Mendapat gelaran Zunurain iaitu 2 cahaya kerana mengahwini 2 puteri Baginda SAW dalam masa yang berbeza.

Saidina Ali Bin Abu Talib merupakan khalifah yang keempat dalam kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin. Beliau telah memerintah dari 656-661 M.
Saidina Ali merupakan kanak-kanak yang pertama memeluk Islam. Saidina Ali sentiasa berdiri teguh menyokong Baginda SAW semasa berlakunya kezaliman terhadap orang Islam. Beliau juga sanggup berkorban menggantikan Rasulullah SAW di tempat tidurnya si saat kaum Quraisy mahu membunuh Baginda SAW.

Kesetiaan, pengorbanan diri dan harta dalam menegakkan Islam menjadikan Khalifah Ar-Rasyidin tiada tandingannya. Oleh kerana itu, Allah swt telah menjanjikan syurga kepada 4 sahabat Baginda SAW ini.

Semoga kita dapat ambil fikir dan tauladan akan perjuangan dalam menegakkan Islam di bumi Allah swt ini.

InsyaAllah.


Pre-Order Dirham 4 Sahabat Khulafa Ar-Rasyidin????.

Sahabat-sahabat kesayangan Baginda SAW yang berjuang di sisi Baginda dalam menegakkan Islam yang dicintai.


Hanya RM152 untuk 1 set (4 keping).


Harga baru utk dirham sekarang ini adalah pada minima RM 152 utk 4 keping dirham (1 set ada 4 keping).

InshaaAllah dalam tempoh 3minggu dirham ini akan kalian terima.

Sahabat, ini usaha kita bersama untuk mempersiapkan dan mengikat kekayaan kita kepada dinar dan dirham dalam menghadapi ketidaktentuan wang fiat di akhir zaman…

Mati tak tahu bila,
Kita di jemput Ilahi tak tahu bila,
tapi perintah mempersiapkan segala kekuatan perlu kita laksanakan…
Yang pasti ini jihad kita bersama…

Ikhlaskan hati dalam urusan jual beli ini agar dana ini dapat kita guna pakai untuk membentuk jemaah dan umat yg mapan.

Sama sama kita usahakan agar anak anak kita ada sesuatu yang berharga di masa hadapan.

Iman dan tauhid
Amalan dan taqwa
Busur, anak panah dan kuda
Emas dan perak.

Kita disini bukan sekadar berniaga semata mata tetapi ada perjuangan agama yang kita nak bawa dan tegakkan…


Dapatkan segera
Ayuh sama-sama kita infaq pada diri dan keluarga.
Stock terhad sahabat!