
SUDAHKAH KALIAN BERSEDIA? SUDAHKAN AHLI KELUARGA KALIAN BERSIAP SEDIA DALAM MENGHADAPI CABARAN AKHIR ZAMAN?

SEJAUH MANA PERSEDIAAN KALIAN HARI INI?
Jika kalian masih belum bersedia, jangan gusar. Inilah masanya untuk kalian dan keluarga bermula. Buku RAHSIA KELUARGA SELAMAT DI AKHIR ZAMAN ini akan membantu kalian dalam memulakan persediaan menghadapi segala ketidak tentuan akhir zaman. Buku ini akan membantu kalian dan keluarga menyediakan kelengkapan serta keperluan hidup bila tiba waktunya nanti.

Bila bercakap tentang akhir zaman dan persediaannya, begitu sinonim dengan preppers. Ya Preppers. Preppers adalah orang yang membuat persediaan dari segi mental, fizikal, persiapan peralatan, bekalan makanan, pertahanan diri dan sebagainya yang berkaitan untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku di masa hadapan; mempersiapkan diri dan keluarga dan memastikan keselamatan keluarga terjamin.

Kesukaran. Itulah yang bakal kita hadapi sekiranya tiada ilmu dan persediaan dibuat. Kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku, jadi persediaan awal sudah tentu banyak membantu di saat-saat sukar nanti. Apa sekalipun, bersedia itu lebih baik dari berdiam diri dan berserah semata-mata tanpa usaha.
Nabi Muhammad SAW banyak mengajar kita untuk bersiap sedia menghadapi cabaran yang wujud hari ini, segala kemungkinan dan fitnah dajjal akhir zaman dan kitalah orangnya yang bakal berdepan dengan fitnah ini. Tidakkah kalian menyesal di kemudian hari sedangkan Nabi SAW telah berpesan dan meninggalkan amanah beliau kepada kalian? Al-Quran dan sunnah jadi pegangan.
Tenang... Anda masih belum terlewat lagi. Buku ini bakal merubah persepsi anda tentang persediaan di akhir zaman. Kita persiapkan apa sahaja yang kita mampu mengikut kemampuan kita sendiri.
Buku ini merangkumi 7 pillars seperti berikut:
1) MENTAL
2) FIZIKAL
3) MAKANAN
4) AIR
5) PERUBATAN
6) PENEMPATAN
7) KESELAMATAN
DAN dua topik bonus untuk kalian sebagai preppers akhir zaman!
1) MENGIKAT KEKAYAAN DAN PELABURAN AKHIR ZAMAN MELALUI DINAR DAN DIRHAM
2) 13 CIRI PEMEGANG AMANAH PREPPERS YANG SEMPURNA

SENASKAH BUKU INI SANGAT ISTIMEWA KERANA IANYA BERSAIZ A4 DAN AKAN MENJADI WORK BOOK RUJUKAN DAN CATATAN BUAT KALIAN.
"SESUATU YANG SANGAT PERLU UNTUK KITA PERSIAPKAN BANGSA INI DALAM MENGHADAPI UJIAN YANG MENDATANG. JADI PPIM MENYOKONG SEPENUHNYA APA YANG LADANG ALAM WARISAN INI PERJUANGKAN. BUKU INI SEMUA WAJIB BELI DAN PERLU DATANG WALAUPUN SEKALI KE LADANG UNTUK FAHAM APA ITU PERJUANGAN. BANGSA INI PERLU KEPADA PERJUANGAN, PERLU KEPADA PENGORBANAN, PERLU TAHU DAN FAHAM AKAN KEPERLUAN KEKUATAN UNTUK MENEGAKKAN AGAMA DI TANAH AIR INI." - DATO' NADZIM JOHAN ATAU TOK KI (PENGERUSI PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA)
Jadi usah bertangguh lagi, jalankan tanggungjawab kalian hari ini.
Dapatkan segera buku RAHSIA KELUARGA SELAMAT DI AKHIR ZAMAN coretan Akmal Dahalan ini agar kalian boleh membuat persediaan seawal hari ini!
