PROGRAM PANAHAN SEISI KELUARGA
بسم اللّٰه الرحمن الرحيم
.jpg)
Sakit betul hati bila kita lihat anak-anak kita pada hari ini seolah-olah tak boleh berenggang dengan gadjet dan telefon mereka. Macam ketagihan betul mereka dengan apa yang ada ditangan mereka itu. Dipanggil mereka tak menyahut dan mana-mana pergi pun mata melekat pada screen dan tak melihat dan peka dengan keadaan sekeliling pun.
Umur baru masuk 7 tahun dan 8 tahun tapi rugi betul tgk masa dan waktu dalam hidup anak-anak kita ni habis dengan gadjet dan games sahaja. Saya tidak bercakap tentang anak orang lain, saya bercakap ttg anak saya sendiri, Muhammad dan Abu Bakr.
Ya mereka dulu pernah ada gadjet macam anak-anak seusia mereka yang lain.
Roblox dan macam macam games lain la yang mereka layan. Saya tak faham sangat tapi saya nampak mereka macam tak buat benda lain asyik mengadap games, tak pun televisyen.

Sebagai ayah yang sayangkan anak, saya nak anak saya membesar seperti saya semasa saya kecil dahulu. Saya mahu mereka ada pengalaman mandi sungai, memancing, melastik burung, main perang-perang, main kaki tiga atau baling selipar, main konda kondi, main polis sentri. Tapi bila tinggal di Putrajaya ni mana ada benda ni semua. Kejiranan di precint lapan ni pun ramai orang tua sahaja.

Masa ini lah saya buat keputusan untuk berpindah dari Putrajaya ke kampung halaman saya di Seri Menanti Negeri Sembilan. Sebenarnya saya sudah nampak kehadapan bahawa ketagihan gadjet ini akan berlaku, maka sebagai solusi saya buatkan satu ladang seluas 60 ekar untuk anak saya bermain didalamnya. Sedari kecil anak saya ni selalu melihat saya memanah dan berkuda bersama isteri saya namun disebabkan masih kecil saya tangguhkan dulu aktiviti panahan dan berkuda mereka.
Susah juga membina ladang ni tapi sebab sayangkan anak dan nak yang terbaik untuk anak ini saya telah laburkan begitu banyak masa dan tenaga membangunkan Ladang Alam Warisan ini untuk anak saya dua orang ni.
Ibu bapa mana yang sanggup melihat anaknya rosak fikiran mereka, rosak akhlak dan tertib mereka bila salah pergaulan dan terpengaruh dengan gaya hidup yang terpapar dalam telefon dan gadjet mereka.
Kami mengambil keputusan untuk berpindah dan berhijrah. Dipendekkan cerita saya mula mendidik mereka dengan kehidupan kampung tanpa gadjet. Mula-mula ok, tapi saya tengok makin lama, eh macam tiada beza, setelah saya selidiki, rupa-rupanya mereka dapat main telefon juga apabila ibu dan ayah saya memberi telefon milik mereka kepada cucu kesayangan ini… Aduhhhh.
Bila ditegur dan bila kita halang, mereka marah dan protes. Atuk dengan nenek pun, marah kita balik bila tak bagi anak kita ni main telefon. Katanya kesian mereka bosan dan termangu-mangu bila tengok sepupu mereka main telefon sedangkan mereka tiada telefon. Sepupu pula jadi punca. Nampak perubahan sikap yang dari dahulunya kita boleh berbicara dengan mereka dan bergurau senda tapi hari ini macam ada satu penghalang dan ada tembok yang memisahkan kita dengan mereka.
Bila tengok sepupu mereka main telefon sedangkan mereka tiada telefon. Sepupu pula jadi punca. Nampak perubahan sikap yang dari dahulunya kita boleh berbicara dengan mereka dan bergurau senda tapi hari ini macam ada satu penghalang dan ada tembok yang memisahkan kita dengan mereka.
Saya fikir sudah tiba masanya untuk saya secara serius mendidik dan memastikan mereka ada aktiviti yang bermanafaat dan menarik untuk menjauhkan mereka dari bahana telefon dan permainan online ini.
Saya panggil mereka, cakap terus terang dan jelas tentang keburukkan permainan online dalam telefon dan beri mereka pilihan samada untuk terus dengan telefon atau bersama dengan saya dalam aktiviti yang sangat luar biasa yakni sunnah memanah dan berkuda.

Saya beri mereka kata dua, jika mereka mahukan telefon ini mereka boleh simpan tapi mereka takkan dapat memanah dan berkuda bersama saya, jika mereka mahu sunnah Nabi ini, mereka perlu serahkan sendiri telefon mereka diatas meja saya didalam opis pada esok hari.
Esok harinya saya masuk kedalam office saya, saya lihat dua telefon mereka sudah ada diatas meja saya, Alhamdulillah. Gembira betul rasa hati.
Bermula dari saat itu kami memulakan pengembaraan kami anak beranak dalam sunnah panahan dan berkuda. Saya mula mendidik mereka dengan panahan dan dan berkuda. Semakin lama mengajar mereka, semakin saya mengerti kenapa Baginda SAW menyarankan kita perlu mengajar anak kita memanah dan berkuda.
Saya takjub dan kagum dengan kehebatan sunnah memanah dan berkuda sebagai alat mendidik anak anak. Cukup-cukup luar biasa. Perubahan luaran dan dalaman amat ketara.
Selepas 5 tahun mendidik Muhammad dan Abu Bakr dengan sunnah memanah dan berkuda saya bertambah yakin bahawa kita boleh mendidik anak kita dengan sunnah ini dan pastinya secara tidak langsung menangani masalah ketagihan gadjet. Anak-anak kita hanya perlu aktiviti yang boleh mereka laksanakan bersama dengan kita dan aktiviti ini amat menyeronokkan sekali.
Anak saya, Muhammad dan Abu Bakr pada hari ini lebih berkeyakinan, lebih tenang, lebih sabar, lebih matang, lebih yakin dengan diri mereka dan yang paling penting sekali mereka ini semakin dekat dengan Allah.
Sekarang kami bawakan kepada anda sebuah program yang mampu memberikan impak yang positive dan berpengisian untuk anak-anak anda sebagai solusi kepada masalah ketagihan gadjet ini.

Dengar nama program pun dah luar biasa. Apatah lagi bila menyertainya.
Fuhhh padu program ni Sahabat!
Program ini pernah kami laksanakan 2 tahun yang lalu. Kami panggil program ni 'Program SuperVIP 99'.
Kenapa? Sebab bukan anak-anak sahaja yang dapat peluang menyertai program ni. VIP dalam keluarga kita semua boleh join sekali. Ibu dan bapa, anak- anak malah datuk dan nenek pun termasuk dalam pakej ni. Ia menjadi satu program yang cukup luar biasa dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Mana tidaknya, hanya dengan RM 99 sahaja untuk seisi keluarga, kita dapat belajar memanah di Ladang Alam Warisan.
Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan anak anak kita yang bakal menjadi penyambung warisan untuk menjaga agama bangsa dan tanah air tercinta ini.
Seruan membina kekuatan bangsa yang telah lama hilang ini, kita laksanakan dengan menyampaikan seruan dan perintah Allah di dalam Al-Quran seperti yang tertera dalam surah Al-Anfaal ayat 60.
"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; tetapi Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu infakkan di jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan)."

.jpg)
1. Kami sudah 13 tahun bergiat aktif dalam program memanah dan berkuda. Sudah banyak kelas yang kami anjurkan.
Anak murid pun dah ramai. Alhamdulillah. Kami ada pengalaman. InsyaAllah.
2. Kami ada banyak pengalaman mengendalikan program peserta sekolah rendah dan menengah, universiti, badan-badan kerajaan dan swasta dan program ibu bapa dengan kapisiti yang ramai.
3. Kami adalah satu-satunya tempat di Semenanjung Malaysia yang telah diiktiraf oleh World Horseback Archery Federation (WHAF) untuk menjadi pusat pendidikan panahan berkuda.
4. Kami bertanding mewakili negara ke peringkat dunia dalam memanah dan berkuda. Pengasas ladang ini, Coach Akmal Dahalan pernah mendapat tempat pertama pingat emas dalam Pertandingan Memanah Berkuda bertaraf dunia di Sokcho, Korea pada tahun 2019 dalam acara Panahan Berkuda Berkumpulan Acara Serial Shot bersama Erina Ismail dan anak muridnya Safwan Rahid.


