Akaun alamwarisan.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
SUMMERCAMP ALAM WARISAN



Assalamualaikum, Alhamdulillah dan tahniah kepada ibu bapa yang cakna dan prihatin kepada perkembangan anak-anak kalian. Musim cuti sekolah datang lagi dan kita sebagai ibu bapa semestinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita semasa cuti sekolah ini. Dari anak-anak duduk dirumah dan asyik dengan telefon dan games online mereka adalah lebih baik untuk mereka belajar sesuatu tentang persiapan diri mereka untuk menghadapi cabaran di akhir zaman.

Kami di Ladang Alam Warisan menyediakan sebuah program cuti sekolah yang terbaik untuk anak-anak tuan berdasarkan kepada pengalaman kami selama 10 tahun mengendalikan program dan kursus untuk pelajar sekolah.

Kami pernah melatih pelajar dari sekolah-sekolah terkemuka seperti MCKK, SDAR, MRSM dan banyak lagi sekolah bahkan institusi pengajian tinggi, namun semenjak pandemik covid bermula pada tahun 2019 kami menangguhkan aktiviti ini untuk kebaikan semua. 

Beralih ke fasa endemik ini kami InsyaAllah merasa yakin dan bersemangat kembali untuk meneruskan perjuangan
mendidik bangsa membina negara ini.



Sepanjang tahun 2019 hinga 2022 kami mendapat banyak permintaan dari ibu bapa
yang mahukan program cuti sekolah untuk anak-anak mereka.
Setelah melawati ladang dan mendapat pengisian dan penerangan tentang aktiviti disini mereka bertambah yakin dan percaya bahawa aktiviti utama disini dapat membantu anak-anak mereka untuk berenggang dengan gadjet, mendekatkan diri dengan alam dan mempelajari sunnah Nabi Muhammad SAW. 

Maka sudah tiba masanya untuk kami menyahut seruan mereka dan memperkenalkan program cuti sekolah yang cukup luar biasa dan ditunggu-tunggu oleh semua ibu bapa cemerlang diluar sana.

Summercamp Alam Warisan : Kembali ke Fitrah.
InsyaAllah ia bakal menjadi program cuti sekolah paling mantap dan padu yang pernah dihadiri oleh anak tuan puan.



Program 3 hari 2 malam ini insyaAllah akan memberikan ruang dan peluang untuk anak-anak tuan puan mendapat pengalaman baru dan merasai pengalaman:
- pembentukkan jati diri,
- pembinaan gerak kerja berkumpulan,
- berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah
- pengisian rohani yang berlandaskan Al-quran dan Sunnah.


Apa yang menariknya program summercamp di Ladang Alam Warisan ini?

 1. Ia menawarkan sebuah peluang untuk anak anda mempelajari teori dan praktikal dalam membina kehidupan mereka melalui sunnah memanah. Disini mereka akan belajar tentang fokus, disiplin dan mendengar arahan dengan baik. Mereka akan belajar tentang Niat, Doa, Usaha, Tawakal dan Redha. Mereka juga akan belajar bagaimana untuk menjadi pemegang amanah yang baik, InsyaAllah. Mereka akan belajar tentang 13 ciri pemanah yang bakal menjadi pegangan mereka dimasa hadapan. InsyaAllah anak kita akan punya kesedaran kepentingan untuk belajar dan terus belajar.





 2. Program ini juga menawarkan pembentukkan karekter diri yang bakal menambah keyakinan mereka untuk menghadapi suasana dan cabaran pada hari ini. Mereka akan belajar untuk berkuda. Belajar mengendalikan ketakutan dan diri. Berkuda ini merupakan satu sunnah dan hak anak-anak yang perlu kita tunaikan.

Hanya disini sahaja kalian akan dapat memberikan pengalaman berkuda dan pengisian hidup melalui sunnah berkuda ini kepada anak tuan puan.

Mereka akan belajar untuk menguasai ketakutan dalam diri dan pada masa yang sama menjadi tegas dan berani.
KUDA ini merupakan Kekuatan Ummah Dari Allah. Dan hanya disini sahaja kita dapat sampaikan ibrah dan pembelajaran tentang kehidupan yang bakal mereka lalui melalui sunnah berkuda.
Ini hanya dapat dicapai dengan sunnah berkuda di Ladang Alam Warisan.

Bagaimana dengan keselamatan? Selamatkah aktiviti berkuda ini?

Jangan risau kami akan memastikan keselamatan anak anda terjamin dengan aktiviti yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. InsyaAllah pengalaman kami selama 10 tahun dalam mengendalikan pelajar ini akan kami gunakan sepenuhnya bagi memberikan impak semaksimal yang boleh. Lagipun ini sunnah dan saranan Baginda SAW dan perintah Allah dalam Alquran. Allah dan Rasul tidak akan menyuruh kita melakukan sesuatu yang membahayakan diri dan masyarakat. InsyaAllah dengan ilmu dan pengalaman yang benar insyaAlah ia bakal menjadi sesuatu yang luar biasa untuk anak-anak kita. Selebihnya kita serahkan kepada Allah kerana kita sebagai ibu bapa hanya mampu berusaha untuk memberikan yang terbaik InsyaAllah.





 3. Program kami ini juga merupakan sebuah program yang diluar bilik kelas dan bangunan. Peserta akan berpeluang untuk belajar dari alam yang terbentang luas dalam ladang yang berkeluasan 60 ekar ini. Apa yang menarik dalam program summercamp ini adalah anak-anak kita akan belajar secara praktikal dan bukan hanya teori sahaja.
90% aktiviti akan dikendalikan secara praktikel, melalui proses tunjuk dan ajar.




 4. Mereka yang pernah menyertai program cuti sekolah ini akan berpeluang untuk menyertai lebih banyak program dan bengkel yang bakal kami laksanakan dimasa hadapan. Anak tuan puan akan berpeluang untuk menghadiri program yang berterusan sepanjang mereka belajar disekolah.

Terdapat banyak lagi program yang kami bakal perkenalkan kepada mereka
antaranya program survival dan program kemandirian untuk mereka.
Disekolah mereka belajar tentang pelajaran dan akademik, manakala di ladang ini
biarlah mereka belajar tentang soft skill dan ilmu tapak lapan
yang menjadi asas pendidikan Melayu sejati satu ketika dahulu.

Apa itu Ilmu tapak lapan?
1. Berladang
2.Berternak
3. Menangkap ikan
4. Bernira (mengumpul nira)
5. Mengambil hasil hutan dan lautan
6. Berkebun
7. Bertukang
8. Berniaga



Program ini akan berlangsung Di Ladang Alam Warisan Seri Menanti Negeri Sembilan.
Berkeluasan 60 ekar dengan pelbagai ternakkan di dalamnya. Ada sungai Seri Menanti yang mengalir ditengahnya yang pasti akan mencipta sebuah memori indah untuk anak-anak kalian.

Ayuh kita tunaikan hak anak kita untuk merasai kehidupan kampung yang aman permai dan hak mereka untuk mempelajari sunnah memanah dan berkuda yang menjadi tuntutan Allah kepada kita dalam Al-Quran : Al-Anfaal 60.

Bila program ini akan berlangsung ya?

Bagi batch pertama program ini kami menyasarkan seramai 40 orang peserta lelaki. Pada batch kedua kami akan menyasarkan 40 peserta perempuan. Kami mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan ini atas sebab menjaga ikhtilat dan juga supaya penyampaian untuk peserta perempuan dan lelaki ini dapat disampaikan dengan lebih deep dan berkesan.


Batch pertama bagi peserta lelaki seramai 40 orang akan berlangsung pada tarikh : 28 FEB / 1 MARCH / 2 MARCH 2023

Batch kedua bagi peserta perempuan seramai 40 orang akan berlangsung pada tarikh : 8 / 9 / 10 MARCH 2023


Kenapa hanya 40 sahaja bagi setiap batch? Tak boleh ramai lagi ke?

Kami percaya kepada kualiti dan bukan kuantiti.
Kami komited untuk memberikan yang terbaik bagi anak-anak tuan dan puan, sekiranya keuntungan yang kami kejar maka alangkah ruginya diri kami dan anak-anak kita kerana mereka tidak mendapat
perhatian dan kedalaman Ilmu pengetahuan yang bakal disampaikan.
Alangkah beruntungnya mereka kerana mereka akan dapat peluang untuk
belajar dengan lebih dekat dan dalam, bersama coach, jurulatih dan fasilitator.


Berapa umur yang boleh menyertai program ini?

Peserta bertuah ini berumur dari 10 tahun hingga 15 tahun insyaAllah. 
Anak-anak yang ingin menyertai mestilah sihat dan mampu untuk melaksanakan aktiviti yang disediakan.
Bagi yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak, kalian boleh mengisi borang dibawah dan kami akan memaklumkan kepada tuan puan tentang persiapan dan barangan yang perlu dibawa nanti.

Selalunya program yang melibatkan pengisian kehidupan menggunakan tools panahan,
kuda, dan alam ini kami mengenakan fees RM 1500 untuk setiap peserta, untuk 3 hari dua malam
tetapi pada kali ini kami hanya mengenakan fees sebanyak RM 599 sahaja.
Lebih dari separuh penjimatan untuk anak anak kalian.

Namun, bagi mereka yang bertindak awal pada bulan Januari ini sehingga penghujung bulan Januari ini kalian akan mendapat peluang untuk mendapat discount sebanyak RM 100 ringgit lagi.

Hanya RM 499 bagi setiap peserta InsyaAllah!

Apa tunggu lagi, daftarkan anak anda segera dan
jadilah ibu bapa yang amanah dan bertanggungjawan dengan menunaikan hak mereka untuk
belajar sunnah dan perintah Allah ini.

Klik link dibawah dan mendaftarlah segera!
Tempat terhad.